Wednesday, 14 December 2011

Rancangan Pelajaran Sains Tahun 4

2 comments:

  1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4


    Masa : 0900 – 1000 pagi ( 60 minit )
    Tema : Keperluan Asas
    Tajuk : Keperluan Asas Manusia

    Hasil Pembelajaran : Selepas tajuk ini murid-murid dapat;
    • Mengenal keperluan asas manusia ( Makanan )
    • Menyenaraikan jenis-jenis makanan yang;
    - Berkhasiat
    - Kurang berkhasiat


    Set Induksi ( 10 minit )
    Guru menyoal murid-murid tentang apa yang mereka makan dan minum untuk sarapan.

    Aktiviti-aktiviti:
    Langkah 1 ( 10 minit )
    Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga yang sedang makan.
    Bersoaljawab.
    i. Apakah yang dibuat oleh keluarga ini ?
    ii. Apakah jenis-jenis makanan yang dihidangkan ?
    iii. Kenapakah kita perlu makan ?



    Langkah 2.( 10 minit )
    Guru menunjukkan gambar-gambar makanan yang berkhasiat seperti;
     Ikan, daging, susu, telur, buah-buahan, sayur-sayuran
    Murid-murid menamakan makanan yang ditunjukkan.
    Guru menyatakan kepentingan makanan yang berkhasiat terhadap sistem tumbersaran manusia.

    Langkah 3.( 10 minit )
    Guru menunjukkan gambar-gambar makanan yang kurang berkhasiat.
     Gula-gula, keropok, minuman bikarbonat, aiskrim, kek, coklat
    Murid-murid menamakan makanan yang ditunjukkan.
    Guru menegaskan keburukkan makanan yang kurang berkhasiat.

    Langkah 4. Penutup.( 20 minit )
    Latihan berbentuk mengkelaskan makanan yang berkhasiat dan makanan yang kurang berkhasiat.

    Rumusan:
    Manusia memerlukan makanan sebagai keperluan asas untuk terus hidup.

    ReplyDelete
  2. PERANAN AHLI –AHLI KUMPULAN JOM BELAJAR DI USM
    Norsyafina Abdullah (faizalpatrick@gmail.com)
    Peranan:
     Membina blogger
     Menulis RPH Sains Tahun 4
     Menyediakan ‘hardcopy’.

    Tata ak Batang(tatabatang@gmail.com)
    Peranan:
    I. Menyediakan Alat Bantuan Mengajar Untuk Langkah 2 dan 3(Gambar makanan berkhasiat dan kurang berkhasiat )


    Usha Dharan (ushadharan2009@gmail.com)
    Peranan:
     Menyediakan Alat Bantu Mengajar Untuk Langkah 4(lembaran Kerja Murid)




    Linda Tan Lee Na (ltlindakg@gmail.com)
    Peranan:
    • Menyediakan Alat Bantu Mengajar Untuk Set Induksi .
    • Menyediakan Alat Bantu Mengajar Untuk Langkah 1.

    ReplyDelete